HomeUtamaKPM pandang serius insiden jeti roboh, pastikan aspek keselamatan ditingkatkan

KPM pandang serius insiden jeti roboh, pastikan aspek keselamatan ditingkatkan

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna telah mengambil langkah bagi menyiasat punca kejadian insiden jeti roboh di Kampung Pababag, Semporna pagi tadi.

KPM dalam satu kenyataan berkata, bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat juga turut disediakan.

“KPM memandang serius terhadap insiden tersebut dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan dan keadaan struktur jeti yang selamat digunakan.

“KPM juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat untuk membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada bagi memastikan agar kejadian seperti ini tidak berulang,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pagi tadi, seramai lebih kurang 25 orang murid sekolah termasuk murid tabika KEMAS dan dua orang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag terlibat dengan insiden itu kira-kira jam 6.45 pagi.

Berdasarkan laporan awal mendapati insiden tersebut berlaku semasa murid sedang menaiki jeti di kampung untuk ke sekolah.

Akibat daripada runtuhan tersebut, dua orang murid cedera ringan manakala mangsa lain dilaporkan selamat.

KPM memaklumkan, usaha untuk memberikan bantuan sokongan psikososial terhadap guru dan murid yang menjadi mangsa akan terus digiatkan.

KPM juga akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.

KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya