HomeUtamaBanjir : Tiga PPS kembali dibuka di Paitan, Telupid

Banjir : Tiga PPS kembali dibuka di Paitan, Telupid

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Dua pusat penempatan sementara (PPS) di Paitan dan satu di Telupid dibuka semula susulan paras air banjir di daerah berkenaan kembali meningkat setakat 8 malam tadi.

Susulan itu, seramai 1,376 orang mangsa melibatkan 522 ketua isi rumah (KIR) telah ditempatkan di lapan buah PPS di empat buah daerah terjejas di negeri ini.

“Antara PPS yang dibuka semula di Paitan ialah Rumah Pengerusi JPKK Kampung Cocos dan Pusat Komuniti Masyarakat Daerah Kecil Paitan.

“Manakala di Telupid, PPS yang dibuka semula ialah di Dewan Kampung Bauto,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sehingga kini antara daerah yang terjejas banjir ialah Pitas; Paitan; Lahad Datu dan Telupid.Daerah Pitas kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,152 mangsa diikuti Telupid (95 mangsa); Paitan (86 mangsa) dan Lahad Datu (43 mangsa).

Trend situasi semasa banjir di negeri ini kembali mencatat peningkatan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan pelancaran Pesta Kaamatan negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya