HomeUtamaBanjir : Tinggal empat PPS dibuka, jumlah mangsa terus mencatat penurunan

Banjir : Tinggal empat PPS dibuka, jumlah mangsa terus mencatat penurunan

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Hanya tinggal empat buah pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan seramai 1,211 mangsa banjir di tiga daerah yang terjejas setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah mangsa itu adalah melibatkan 471 Ketua Isi Rumah (KIR).

Antara daerah yang masih terjejas adalah Paitan; Pitas dan Lahad Datu.”Antara PPS di Paitan yang masih dibuka ialah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol.

“Manakala di Pitas sebanyak dua PPS masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Kusilad dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Bagi daerah Lahad Datu pula, hanya satu PPS yang dibuka iaitu di Dewan Pusat Latihan Vokasional Lahad Datu yang menempatkan seramai 46 mangsa.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini terus mencatat penurunan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya