HomeUtamaJalan Ranau ke Sandakan tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh - JKR...

Jalan Ranau ke Sandakan tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh – JKR Sabah

Read Time:41 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui oleh mana-mana jenis kenderaan pagi ini akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan hari ini, tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pada masa ini.

Kenyataan itu juga memberitahu kejadian itu berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu, Ranau.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi. Pemeriksaan dan pemasangan Traffic Management Plan telah dilakukan di kawasan terlibat. JKR Sabah menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengambil berhati-hati,” kata kenyataan itu.

Jalan Ranau ke Sandakan merupakan antara jalan utama yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Sabah melalui kaki Gunung Kinabalu.

Ranau merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah terletak 117 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular