HomeUtamaBanjir : 12 sekolah ditutup, 2,910 murid turut terjejas

Banjir : 12 sekolah ditutup, 2,910 murid turut terjejas

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 buah sekolah termasuk dua sekolah menengah di Sabah sehingga kini masih dilaporkan terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, berkata, sekolah yang terjejas turut melibatkan seramai 2,910 murid dan pelajar.

Katanya, turut terjejas adalah guru seramai 280 orang di lima buah daerah terlibat banjir.

“Antara daerah yang terlibat ialah di Beluran; Sandakan; Pitas; Telupid; dan Beaufort.

“Di Beluran, sebanyak dua sekolah rendah dan satu sekolah menengah terlibat manakala di Sandakan hanya satu sekolah terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abidin berkata, tiga daerah lain iaitu Pitas merekodkan tiga sekolah terjejas; Telupid (dua buah) dan Beaufort sebanyak empat buah sekolah.

Katanya, hampir ke semua sekolah yang terjejas di Sabah adalah disebabkan oleh banjir selain ada laluan ke sekolah terputus atau tidak dapat dilalui akibat banjir.

Selain itu tambahnya, beberapa sekolah juga terpaksa ditutup kerana dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Perbezaan, kepelbagaian budaya tidak halang rakyat tingkat semangat perpaduan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya