HomeUtama1,949 murid, pelajar terjejas banjir di Sabah

1,949 murid, pelajar terjejas banjir di Sabah

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Seramai 1,949 murid dan pelajar melibatkan 12 buah sekolah di lima buah daerah di Sabah dilaporkan terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, beberapa buah sekolah yang terlibat juga turut dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir.

Selain itu katanya, seramai 203 orang guru turut dilaporkan terjejas dengan bencana banjir.Antara daerah terlibat ialah Beluran; Pitas; Sandakan; Telupid dan Beaufort.

“Sebanyak lima sekolah di Beluran dilaporkan terjejas dengan banjir selain turut dijadikan PPS bagi menempatkan mangsa banjir.

“Bagi daerah Pitas; Sandakan dan Telupid masing-masing hanya satu buah sekolah yang dilaporkan terjejas,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abidin berkata, hanya sebuah sekolah terpaksa ditutup kerana dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir.

Katanya, sekolah yang ditutup untuk dijadikan PPS ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol Beluran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya