Motif cemburu dipercayai punca kes pembunuhan lelaki pemandu e-hailing di Tawau

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah memaklumkan penahanan lapan pegawai serta anggota Pasukan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang mengaitkan pembunuhan seorang lelaki di Tawau baru-baru ini dipercayai bermotifkan cemburu.

Katanya, susulan kes tersebut setakat ini pihak polis telah menahan lapan pegawai dan anggota polis serta tiga orang awam yang boleh membantu siasatan kes.

“Walaubagaimanapun salah seorang orang awam yang ditahan telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes tersebut lebih kepada bermotifkan cemburu yang mana tertuduh ialah isteri kepada si mati,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah hari ini.

Dalam pada itu Idris turut menjelaskan siasatan kes masih diteruskan dan menjalankan siasatan atas tangkapan-tangkapan yang telah ditahan serta mengumpul bukti-bukti kes.

“Cukup bukti dan keterangan, mungkin kita akan rujuk balik kepada siasatan dan kepada Yang Arif Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan seterusnya,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam kes tersebut tidak ada apa-apa isu yang menggugat keselamatan dan ini lebih kepada isu peribadi.

Terdahulu, dalam kejadian 13 Januari lalu, seorang pemandu e-hailing dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, ditemui mati di sebuah ladang sawit, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Batu 5, di daerah Tawau.

Berhubung kes tersebut, berita melaporkan dengan penahanan lapan orang termasuk pegawai dan anggota polis untuk membantu siasatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *