HomeIsu tempatanBanjir : Bomba bantu pindahkan 56 mangsa di PPS ke PPS lain

Banjir : Bomba bantu pindahkan 56 mangsa di PPS ke PPS lain

Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Seramai 56 orang mangsa banjir yang sebelum ini dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suasa Beaufort telah dipindahkan ke PPS Dewan Selagon petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, ini berikutan kawasan PPS Dewan Suasa Beaufort telah dinaiki air banjir menyebabkan mangsa terlibat terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort telah menerima panggilan kecemasan bagi memindahkan mangsa banjir di PPS Dewan Suasa Beaufort selepas kawasan pemindahan tersebut dinaiki air.

“Menurut pemanggil, terdapat 56 mangsa terdiri daripada 14 wanita dewasa; tujuh lelaki dewasa; dua warga emas lelaki; tiga warga emas wanita; 16 kanak-kanak lekaki; 13 kanak-kanak perempaun dan seorang bayi perempuan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut jurucakap JBPM Sabah, pasukan bomba bersama agensi lain bertindak mengeluarkan dan memindahkan mangsa.

“Jarak tempat kejadian adalah adalah sejauh 23 kilometer dan sebaik tiba pihak bomba bersama agensi lain bertindak mengeluarkan dan memindahkan mangsa, seterusnya mangsa dihantar ke PPS Dewan Selagon.

“Operasi ditamatkan pada jam 2.48 petang tadi namun pemantauan dilokasi terjejas banjir masih dijalankan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular