HomeUtamaKabinet Negeri lulus pertukaran nama dua kementerian

Kabinet Negeri lulus pertukaran nama dua kementerian

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri dalam mesyuarat mingguannya telah meluluskan pertukaran nama dua kementerian.

Kementerian tersebut ialah Kementerian Pertanian dan Perikanan, kini dikenali sebagai Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet mengumumkan dan meluluskan pertukaran nama itu hari ini supaya objektif, fungsi dan peranan kementerian lebih jelas khususnya mengenai keselamatan makanan dan kepentingan usahawan termasuk usahawan kecil dan sederhana.

Selaras dengan rombakan Kabinet Negeri dan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan, Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga telah memutuskan untuk menyelaraskan bidang kuasa setiap ahli kabinet negeri kepada kementerian Persekutuan masing-masing di Sabah.

Susulan perkara itu , Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan Persekutuan akan berada di bawah seliaan Timbalan Ketua Menteri I/MAFFI, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Persekutuan di bawah Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Kementerian Kerja Raya Persekutuan di bawah Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya manakala Kementerian Kewangan akan di bawah Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan di bawah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Persekutuan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan di bawah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe dan Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan akan di bawah Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Persekutuan, Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Arifin Arif manakala Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Datuk James Ratib akan menjaga Kementerian Kesihatan Persekutuan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Perpaduan Negara.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah melantik pengerusi penganjur untuk pelbagai sambutan dan acara perayaan negeri iaitu Datuk Arifin Arif untuk Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah dan Hari Raya Aidil Fitri, manakala Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Kaamatan), Datuk Seri Masidi Manjun (Hari Kebangsaan), Datuk Christina Liew (Hari Malaysia) and Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri).

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya