HomeUtamaTempahan sebelum 1 Januari akan menggunakan kadar lama - Christina

Tempahan sebelum 1 Januari akan menggunakan kadar lama – Christina

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Semua tempahan berbayar membabitkan pendakian Gunung Kinabalu; bayaran masuk ke Taman Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring sebelum 1 Januari lalu akan menggunakan kadar lama.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, ini kerana pakej harga bagi tiga lokasi tarikan pelancong itu telah pun dijual sebelum pengumuman kenaikan yuran pada 26 Oktober tahun lalu.

“Pihak kementerian telah pun menghasilkan formula bagi meringankan beban yang disebabkan oleh isu kenaikan harga di beberapa lokasi tarikan di negeri ini bermula 1 Januari lalu yang membabitkan yuran permit pendakian Gunung Kinabalu, bayaran masuk ke Taman Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring.

“Justeru, kita telah meluluskan formula itu selepas mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Sabah Parks, Dr Maklarin Lakim dan pasukan pengurusannya pada Isnin.  Kita memberikan tempoh tangguh selama tiga bulan, daripada Oktober hingga Disember 2022 sebelum pelaksanaan yuran baharu.

“Untuk tempahan berbayar sebelum 1 Januari 2023, kita masih akan menggunakan kadar lama. Ini kerana pakej telah pun dijual sebelum pengumuman kenaikan yuran pada 26 Oktober 2022.  Bagaimanapun, semua pakej yang dijual selepas 1 Januari 2023 adalah berdasarkan kadar baharu,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pertanyaan orang ramai dan media, serta rayuan untuk pertimbangan daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah/Labuan.

Pada minggu lalu, satu delegasi daripada Matta, Sabah/Labuan yang diketuai oleh Lawrence Chin telah membangkitkan perkara itu kepada beliau semasa mengadakan kunjungan hormat.

Sehubungan itu, Liew berkata, langkah itu dilakukan untuk membantu ejen pelancongan dan pelancongan tempatan serta pelanggan mereka.

“Sebagai contoh, untuk seorang pendaki dewasa warganegara, yuran permit terdahulu ialah RM50, manakala sebanyak RM200 untuk pendaki dewasa bukan warganegara. Kedua-duanya telah meningkat sebanyak 100 peratus.

“Sementara itu, bagi yuran masuk ke Kinabalu Park dan Poring Hot Spring, hanya RM3 bagi setiap dewasa tempatan dan RM15 bagi setiap dewasa pelancong luar. Yuran terkini ialah RM10 dan RM50 bagi setiap dewasa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya