Banjir di Sabah terus mencatat trend peningkatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Situasi banjir di Sabah meneruskan trend peningkatan apabila Beaufort menjadi daerah terbaharu merekodkan jumlah mangsa terjejas menjadikan seramai 690 orang ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, daripada jumlah mangsa yang terjejas, seramai 64 mangsa telah ditempatkan di Dewan Serbaguna Selagon.

“Jumlah mangsa yang ditempatkan di semua PPS adalah melibatkan sebanyak 204 ketua isi keluarga (KIR).

“Selain Beaufort, daerah lain yang terjejas adalah di Paitan; Lahad Datu; Telupid dan Beluran,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Telupid kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 453 mangsa melibatkan 129 KIR dan dipindahkan ke lapan buah PPS.

Manakala seramai 122 mangsa di Paitan dipindahkan ke tiga PPS; Lahad Datu seramai 45 mangsa dan Beluran seramai enam mangsa.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini kembali mencatat peningkatan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *