HomeUtamaJPKK digesa pantau, kenal pasti lokasi berisiko banjir

JPKK digesa pantau, kenal pasti lokasi berisiko banjir

Read Time:59 Second

BEAUFORT : Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap kampung digesa untuk sentiasa memantau dan mengenal pasti lokasi berisiko banjir khususnya di kawasan rendah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia adalah bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terlibat dapat dikenal pasti lebih awal.

Katanya, JPKK mempunyai peranan yang sangat luas khususnya bagi menjamin kesejahteraan penduduk selain menghubungi pihak berkaitan agar keselamatan penduduk dapat dipantau sebaiknya.

“Saya mahu JPKK melaksanakan tugas yang diberikan terutama dalam menyelamatlan nyawa penduduk khususnya ketika berlaku banjir selain dapat mengawasi keselamatan penduduk.

“Saya juga sangat bersyukur kepada JPKK yang telah mengambil peranan dan tanggungjwab dalam membantu penduduk setempat khususnya ketika banjir melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Suasa di sini semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya bersama Ahli Parlimen Sipitang akan cuba berusaha bagi mewujudkan sebuah PPS transit bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan berusaha menubuhkan sebuah pasukan sukarelawan bagi mengamb tindakan awal membantu mangsa terjejas banjir khususnya dikawasan terlibat di daerah ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular