HomeUtamaBanjir : 2,386 murid, pelajar terjejas banjir di tiga daerah di Sabah

Banjir : 2,386 murid, pelajar terjejas banjir di tiga daerah di Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Jumlah murid dan pelajar yang dilaporkan terjejas akibat bencana banjir di Sabah kembali meningkat kepada 2,386 orang melibatkan 13 buah sekolah di tiga buah daerah di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Abidin Marjan berkata, selain itu seramai 242 guru turut terjejas dengan bencana tersebut.

“Beaufort merekodkan jumlah sekolah yang terbanyak terjejas banjir iaitu sebanyak sembilan buah sekolah.

“Manakala di Beluran sebanyak tiga sekolah terjejas dan satu sekolah di Tenom,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abidin berkata, hanya sebuah sekolah terpaksa ditutup kerana dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir.

Katanya, sekolah yang ditutup untuk dijadikan PPS ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol Beluran.

“Antara sekolah yang terjejas di Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jabang; SK Bangkalalak; SK Suasa; SK Lago; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lian Hwa; SK Lembah Poring; SK Tamalang; SK Bukau dan Sekolah Menengah (SM) St John.

“Bagi daerah Beluran yang terjejas banjir ialah melibatkan sekolah SK Sualok dan SK Tagas-Tagas selain SMK Pamol yang dijadikan sebagai PPS,” katanya.

Tambahnya, hanya sebuah sekolah di Tenom iaitu SK Kalng Kanar yang terjejas dengan banjir.

Trend situasi banjir di Sabah setakat jam 8 pagi tadi menunjukkan sedikit peningkatan – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya