HomeUtamaBanjir : Empat PPS ditutup, jumlah mangsa mula menurun

Banjir : Empat PPS ditutup, jumlah mangsa mula menurun

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Empat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Sabah melibatkan dua daerah di negeri ini telah ditutup menjadikan jumlah mangsa terjejas menurun kepada 523 orang setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, tiga daripada PPS yang ditutup adalah di Telupid manakala sebuah lagi PPS adalah di Paitan.

“Pada jam 2 petang tadi, tiga PPS di Telupid telah ditutup selepas mendapati paras air telah surut. Antara yang ditutup adalah PPS Dewan Rancangan Nangoh; PPS Dewan Kampung Mauu dan Dewan Kampung Bakong-Bakong.

“Manakala di Paitan pula, PPS yang ditutup adalah di PPS Pusat Komuniti Masyarakat Daerah Kecil Paitan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, Telupid kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi yang ditempatkan di PPS iaitu seramai 207 orang melibatkan 65 Ketua Isi Rumah (KIR).

Bagi daerah Beaufort, jumlah mangsa terus meningkat kepada 145 orang melibatkan 41 KIR yang dipindahkan ke sebuah PPS iaitu Dewan Serbaguna Selagon.

Selain itu, Paitan turut merekodkan jumlah mangsa terjejas iaitu seramai 79 mangsa; Beluran (47 mangsa) dan Lahad Datu (45 mangsa).

Trend situasi semasa banjir di negeri ini kembali mencatat penurunan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya