HomeUtamaBantuan bakul makanan, BWI telah diagihkan kepada mangsa terjejas banjir - James

Bantuan bakul makanan, BWI telah diagihkan kepada mangsa terjejas banjir – James

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak hampir 20,000 bakul makanan telah diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir di beberapa daerah di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, ia termasuklah penyerahan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

“Sekarang ini kita telah pun memberi bantuan banjir berupa satu bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir terutama di Kota Marudu; Pitas; Paitan dan sekarang di Kinabatangan juga mula banjir selain Telupid. Saya difahamkan di Penampang juga mula banjir.

“Alhamdulilah, sehingga kini khususnya di kawasan Pantai Timur dan juga Utara Sabah kita telah pun memberi bakul makanan hampir 20,000 dan BIW sebanyak RM1,000 bagi satu keluarga.

“Kita telah pun laksanakan lebih kurang 300 KIR untuk permulaan iaitu di Kota Marudu dan Pitas,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Pemasaran Ekelas Usahawan 2023 di Wisma Wanita di sini hari ini.

James berkata, agihan BIW itu akan diteruskan ke daerah lain yang terjejas banjir dan akan dilaksanakan melalui Pejabat Daerah terlibat.

“Begitu juga di kawasan Penampang, kita baru mendapat laporan bahawa daerah berkenaan turut banjir. InsyaAllah pihak kebajikan akan memantau keadaan ini.

“Selain itu kita juga akan memberi bantuan bakul makanan selain BIW juga akan diagihkan kepada KIR yang benar-benar terkesan melalui NADMA atau Jawatankuasa Bencana Alam,” katanya.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 642 mangsa terjejas banjir melibatkan 192 KIR di lima daerah masih ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya