HomeUtamaSabah lulus dasar pelaksanaan SBH-MM2H

Sabah lulus dasar pelaksanaan SBH-MM2H

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri secara prinsipnya telah meluluskan dasar pelaksanaan program Sabah-Malaysia Rumah Kedua Ku (SBH-MM2H).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, beberapa prasyarat dalam pelaksanaan dasar program itu juga telah diluluskan Kabinet Negeri.

“Antara dasar yang diluluskan bagi mengawal kepada prasyarat untuk penyertaan dalam program ini adalah seperti keperluan umur, pensijilan perubatan dan akaun simpanan tetap di Sabah.

“Manakala terma dan syarat program SBH-MM2H pula ialah penginapan minimum 30 hari setahun; tempoh yang diluluskan untuk individu atau keluarga adalah selama 5+5 tahun untuk tinggal di Sabah sahaja; kelayakan untuk membeli hartanah (apartmen) pada nilai minimum RM600,000 dan ke atas; perakuan kelakuan baik dari negara asal pemohon; sijil pemeriksaan kesihatan; pembukaan akaun bank di mana-mana bank tempatan di Sabah dengan deposit tetap RM200,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di sini semalam.

Christina berkata, dengan pelaksanaan program SBH-MM2H yang unik dan kompetitif serta mesra pengguna, ianya akan dapat memperoleh hasil yang lumayan menerusi peserta kelas tinggi.

Katanya yang turut optimis program itu akan dapat menarik peserta yang memenuhi kriteria kelayakan.

“Peserta-peserta ini dijangka akan memberi impak besar kepada ekonomi negeri, terutamanya dalam pembangunan hartanah dan industri pelancongan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular