HomeUtamaBANJIR KILAT: Sistem perparitan 50 kawasan seluruh Sabah telah dibersihkan

BANJIR KILAT: Sistem perparitan 50 kawasan seluruh Sabah telah dibersihkan

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Sebanyak 50 kawasan yang dikenalpasti di seluruh negeri Sabah telah dibersihkan sistem perparitannya yang merupakan salah satu daripada faktor berlakunya banjir kilat.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kejadian banjir kilat ini disebabkan oleh taburan hujan yang agak tinggi tapi ada juga faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya banjir kilat seperti parit-parit yang tersumbat.

“Ia juga berpunca daripada perancangan atau pembinaan yang tidak berkolaborasi menyebabkan aliran atau saliran perparitan menjadi rumit dan ini juga boleh menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku.

“Mengenai jalan raya kerap dilanda banjir kilat, ini kita kena berurusan dengan Jabatan Perparitan dan Saliran kerana perparitan yang besar adalah di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Memang ada perancangan, bina tebatan banjir dan sebagainya cuma mungkin disebabkan oleh pelaksanaan yang berfasa yang mengakibatkan ada gangguan terhadap apa yang dirancang.

“Justeru itu, apa yang dilakukan ialah pihak berkuasa tempatan dan juga jabatan yang terlibat adalah dengan melakukan pembersihan dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina di Teluk Dumpil, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai prasarana yang terjejas akibat banjir di negeri ini, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah III berkata, pihaknya masih lagi secara berterusan untuk mendapat maklumbalas daripada jurutera-jurutera daerah di kawasan yang terlibat banjir.

“Memang kita ada infrastruktur yang terjejas akibat banjir seperti di kawasan Utara Sabah ada jalan yang terputus, hanyut, tanah runtuh dan sebagainya, yang itu jurutera kita memang sentiasa peka dalam tempoh bencana dan akan menyelesaikan secepat mungkin perkara-perkara yang dapat diselesaikan secara cepat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut memaklumkan setakat ini belum ada projek bernilai RM50 juta yang diberikan atau diuruskan di bawah kementeriannya.

“Belum lagi sebab mekanisme itu sedang diselaraskan di antara pihak negeri dan juga pihak persekutuan.

“Saya difahamkan satu bengkel akan diadakan dalam tempoh yang terdekat ini bagi memastikan bahawa segala keperluan yang ada akan dapat dipatuhi dan selepas itu barulah kita akan melaksanakan projek-projek RM50 juta yang akan diluluskan di negeri Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya