HomeUtamaUDA salur RM60,000 menerusi Program UDA Cares; Back To School 2023 di...

UDA salur RM60,000 menerusi Program UDA Cares; Back To School 2023 di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA BELUD: Seramai 300 murid sekolah rendah dari 10 buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menerima sumbangan daripada UDA Holdings Berhad (UDA) menerusi Program UDA Cares; Back To School 2023.

UDA Holdings adalah peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Sumbangan berupa beg sekolah, bekas bekal makanan, alat tulis dan subsidi pakaian seragam sekolah untuk persiapan bagi sesi persekolahan yang baharu, disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick, di SK Tamu Darat, di sini, semalam.

Selain itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang juga agensi di bawah KUSKOP, turut berganding bahu bersama UDA dalam menyantuni komuniti setempat dengan menghulurkan sumbangan berupa bekas bekal makanan serta botol air minuman kepada murid di 10 buah sekolah itu.

Sekolah-sekolah itu ialah SK Sayap, SK Melangkap, SK Tamu Darat, SK Gansurai, SK Lasau, SK Piasau, SK Kalawat, SK Kiau, SK Dalas dan SK. Kebayau.

Secara keseluruhannya UDA Holdings memperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi program yang memanfaatkan seramai 449 pelajar dari 14 buah sekolah di dua kawasan iaitu Kadamaian dan Penampang.

Ewon berkata, inisiatif UDA ini mencerminkan komitmen Kementerian dan agensi dalam membantu komuniti memerlukan.

“Usaha seumpama ini harus dijadikan contoh serta menggalakkan lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan mahupun syarikat swasta yang lain untuk menyantuni komuniti yang kurang bernasib baik,” katanya.

Penganjuran program ini adalah langkah proaktif UDA bagi menyumbang kembali kepada komuniti yang memerlukan di seluruh Malaysia bagi meringankan beban mereka untuk membuat persiapan kembali ke sekolah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya