Adun Kuamut gesa Menu Rahmah turut diperluaskan ke Wilayah Sabah, Labuan dan Sarawak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KINABATANGAN — Program Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan di semenanjung wajar diperluaskan di Sabah, Sarawak dan Labuan supaya rakyat di tiga wilayah Borneo itu turut sama menikmati inisitif tersebut.

Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah, menyambut baik program tersebut dan berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat mewujudkan sisi libat urus bagi melaksanakan program berkenaan di tiga wilayah berkenaan.

Katanya, program itu amat besar menafaatnya lebih-lebih lagi jika ia diwujudkan dalam permis makanan di kawasan perkampungan universiti atau institusi pendidikan awam.

“ Sekurang-kurangnya dapat meringgankan bajet golongan pelajar kalangan B40 yang cuma bergantung sepenuhnya dengan perbelanjaan ibu bapa,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan pengenalan Menu Rahmah iaitu hidangan makanan pada harga serendah RM5 ke bawah, bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.

Menteri KPDN. Datuk Seri Salahuddin Ayub dijangka memeterai memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia minggu depan.

” Kita melihat inisitif itu memang bagus serta mampu menjadi daya tarikan penghujung ke permis makanan bagi menjimatkan perbelanjaan harian.

” Tawaran harga juadah yang disediakan cukup berpatutan dan dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kos sara hidup tinggi sekarang, ” katanya.

Menurut Masiung, adalah kurang adil jika program itu hanya diperkenalkan di Semenanjung Malaysia, tapi penduduk di wilayah Borneo juga perlu dilibatkan supaya wujud inisitif sama rata.

Bagaimanapun, KPDN diingatkan agar membuat pemantauan dari masa ke semasa supaya peniaga tidak mengambil kesempatan memanipulasi Menu Rahmah.

Menu itu merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur yang ditawarkan untuk sajian tengahari dan malam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *