HomeIsu tempatanUMS hasrat jalin kolaborasi bersama George Town Institute of Open and Advanced...

UMS hasrat jalin kolaborasi bersama George Town Institute of Open and Advanced Studies

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhasrat untuk mengadakan kolaborasi bersama George Town Institute of Open and Advanced Studies (GIOAS), sebuah institut di bawah Wawasan Open University, Pulau Pinang.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, antara kolaborasi yang boleh dibincangkan adalah berkaitan penyelidikan dalam bidang ekonomi dan pemuliharaan alam di negeri Sabah.

“Selain itu, UMS dan GIOAS juga boleh mengadakan kerjasama dalam pelaksanaan program-program berkaitan libatsama masyarakat yang akan diadakan di negeri Sabah.

“Jalinan kolaborasi ini tentu sekali sangat bermanfaat kepada UMS khasnya dan masyarakat secara amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Kolaborasi UMS – GIOAS di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif UMS baru-baru ini.

Pada mesyuarat tersebut, Kasim mengalu-alukan kehadiran delegasi GIOAS yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Andrew Sheng yang juga merupakan Pro-Cancelor Bristol University, United Kingdom.

Beliau turut memaklumkan, Tan Sri Andrew Sheng merupakan anak kelahiran Sabah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia perbankan, antaranya pernah berkhidmat di Bank Dunia dan pernah menjawat jawatan penting sebagai pengerusi Hong Kong Securities and Futures Commission (SFC), serta merupakan ahli lembaga dalam Khazanah Nasional Berhad.

Andrew Sheng, Pengerusi GIOAS yang juga Pro-Cancelor Bristol University ialah anak kelahiran Sabah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia perbankan.

Beliau pernah berkhidmat di Bank Dunia dan pernah menjawat jawatan penting sebagai pengerusi Hong Kong Securities and Futures Commission (SFC) dan ahli lembaga dalam Khazanah Nasional Berhad.

Ahli Deligasi GIOAS lain yang hadir termasuk Dr. Douglass Carmichael dan Dr. Shiu Man Fai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya