HomeUtamaEwon terima kunjungan hormat Pesurujaya Tinggi Australia, Duta Besar Jepun

Ewon terima kunjungan hormat Pesurujaya Tinggi Australia, Duta Besar Jepun

Read Time:49 Second

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr. Justin Lee dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko, di pejabatnya, di sini, kelmarin.

Antara yang dibincangkan dalam kunjungan itu ialah kerjasama sedia ada mengenai pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta peluang kerjasama antara Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan.

Ewon berharap, kunjungan itu dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama Malaysia dengan kedua-dua negara itu dalam pelbagai bidang terutamanya berkaitan pemasaran produk usahawan, peluang perniagaan, francais dan koperasi.

“Kita akan teruskan kerjasama baik antara Australia dan Jepun dalam usaha mempromosi dan membantu usahawan tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana memperluaskan lagi rangkaian perniagaaan di peringkat global.

“Saya berharap hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia-Australia, Malaysia-Jepun dapat diperkasakan,” katanya.

Turut serta dalam kunjungan itu Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Suriani Ahmad dan ketua-ketua SME Corp.Malaysia, SME Bank dan Pernas iaitu antara agensi di bawah kementerian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular