HomeUtamaOptimis SLDB terus cemerlang - Lebih RM9.8 juta "durian runtuh" buat peneroka...

Optimis SLDB terus cemerlang – Lebih RM9.8 juta “durian runtuh” buat peneroka Apas Balung, Merotai – Syaheddrul

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

TAWAU: Seramai 261 peneroka Ladang Apas Balung dan Merotai di sini menerima ‘durian runtuh’ berupa pendapatan peneroka bagi tahun 2022 berjumlah lebih RM9.8 juta.

Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R Joddari berkata , Peneroka yang menerima pendapatan itu adalah sebahagian daripada peneroka Wilayah Timur untuk ladang-ladang kelolaan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) di negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 4,362,801 adalah tabungan, manakala purata pendapatan adalah RM3,715 sebulan.

“Pihak kita khususnya LKTNS merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada semua peneroka dan peserta yang terlibat khususnya di sini dalam memastikan semua perancangan yang dirancang berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi LKTNS Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin berkata beliau berharap agar kerjasama yang terjalin antara pihak pengurusan dan semua peneroka yang terlibat dapat dikekalkan.

“Harapan saya agar kerjasama yang terjalin akan dapat dieratkan lagi.  Apa juga masalah yang timbul atau salah faham antara pihak pengurusan dengan peneroka diharap dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat Parlimen dan ADUN Balung di sini kerana bekerjasama dalam menjaga kebajikan peneroka di sini khususnya Balung,” katanya.

Beliau turut berharap agar agihan pendapatan para peneroka yang diterima ini dapat meningkatkan lagi semangat para peneroka agar terus berusaha selain menyokong segala usaha yang dilaksanakan LKTNS demi kebaikan dan jaminan masa depan bersama

Majlis penyerahan telah disempurnakan Pengerusi LKTNS Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin bertempat di Pusat Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Apas Balung di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu Ahli Parlimen Taway Loh Su Fui; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung Hamild @ Hamid Awang – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya