HomeUtamaKUSKOP bantu masyarakat Orang Asli melaui gerakan koperasi – Ewon

KUSKOP bantu masyarakat Orang Asli melaui gerakan koperasi – Ewon

Read Time:2 Minute, 10 Second

IPOH: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited membantu masyarakat Orang Asli melalui gerakan koperasi dalam usaha mengeluarkan masyarakat itu daripada garis kemiskinan.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, gerakan koperasi adalah antara platform terbaik yang boleh membantu mengeluarkan masyarakat itu daripada cabaran kemiskinan.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan wawasan dan hasrat Koperasi Orang Asli Perak Berhad membangunkan kawasan itu sebagai Pusat Rehat dan Rawat (R&R) berasaskan kebudayaan masyarakat Orang Asli.

“Saya percaya, banyak elemen kebudayaan warisan tradisi masyarakat Orang Asli yang boleh jadikan sebagai tarikan pelancongan seterusnya menjadikan pusat ini sebagai pusat perhentian yang boleh menjadikan kebudayaan sebagai pendapatan tambahan kepada masyarakat setempat.

“Sebagai sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), salah satu agensi di bawah kementerian ini akan menawarkan bantuan pembangunan sebanyak RM300,000 dan Pinjaman Tanpa Cagaran RM200,000 kepada Koperasi Orang Asli Perak Berhad untuk membangunkan kawasan ini.

“Ini adalah sokongan kerajaan terhadap wawasan dan matlamat koperasi ini meningkatkan pendapatan seterusnya mengeluarkan masyarakat atau ahli-ahlinya daripada garis kemiskinan,” katanya ketika berucap pada Program Sesi Sembang Santai Bersama Masyarakat Orang Asli Perak, di Pusat Kecemerlangan Orang Asli Perak, di Simpang Pulai, di sini, kelmarin.

Ewon turut mencadangkan supaya Koperasi Orang Asli Perak dimasukkan dalam Program Desa Lestari salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam usaha mentransformasikan desa menjadi sebuah kawasan yang maju dengan penduduk yang berpendapatan tinggi.

“Melalui program ini KPLB akan memberikan bantuan infra, dimana SKM boleh memudahcarakan koperasi ini mendapatkan dana dibawah program tersebut kepada Koperasi Orang Asli Perak,” katanya.

Katanya lagi, selain itu, kementerian melalui agensinya Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk anak-anak atau ahli koperasi.

“Kita juga mempunyai sebuah universiti di bawah IKMa iaitu Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia dan kita akan menawarkan atau memberikan biasiswa kepada anak-anak ahli atau ahli koperasi untuk belajar di peringkat diploma, ijazah atau master.

“Ini adalah antara komitmen dan sumbangan Kerajaan Perpaduan, kerajaan madani Malaysia dan juga komitmen atau sumbangan KUSKOP serta agensi-agensi di bawah kementerian untuk membantu semua rakyat Malaysia,” katanya.

Ewon juga gembira kerana Koperasi Orang Asli Perak Berhad menunjukkan pencapaian amat memberangsangkan.

“Usaha membangunkan koperasi ini dan mendapatkan lebih banyak aktiviti perniagan pastinya dapat membantu masyarakat Orang Asli atau anggotanya keluar daripada garis kemiskinan.

“Isu kemiskinan bukan sahaja menjadi isu di kalangan masyarakat Orang Asli tetapi dibangkitkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Di negara kita, terdapat 10 daerah termiskin dan lapan daripadanya adalah Sabah dan ini menjadi cabaran besar kepada kepimpinan kerajaan persekutuan di Sabah khususnya pemimpin Sabah yang dilantik di peringkat persekutuan untuk merencanakan bagaimana masalah masyarakat di daerah berkenaan dapat dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya