HomeLuar negaraAngka kematian gempa bumi Turkiye meningkat kepada lebih 50 orang

Angka kematian gempa bumi Turkiye meningkat kepada lebih 50 orang

Read Time:1 Minute, 29 Second

REUTERS

ANKARA: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 menggegarkan selatan Turkiye hari ini, meragut lebih 50 nyawa.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (Afad) Turkiye memaklumkan gempa bumi berlaku pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan) dan berpusat di daerah Pazarcik.

Gempa berlaku pada kedalaman tujuh kilometer, lapor Agensi Anadolu.

Gegaran turut dirasai di wilayah lain termasuk Diyarbakir dan Gaziantep serta negara jiran termasuk Lubnan dan Syria.

Puluhan bangunan musnah, sekali gus mencetuskan operasi menyelamat bagi mencari mangsa terselamat di bawah runtuhan di jalan bersalji.

Justeru, pihak berkuasa Turkiye mengerahkan pasukan menyelamat dan menerbangkan pesawat ke wilayah sekitar bandar Kahramanmaras.

Kawasan gempa juga diisytihar Amaran Tahap 4 yang memerlukan bantuan antarabangsa.

Berdasarkan kenyataan awal pihak berkuasa, angka kematian yang direkodkan sekurang-kurangnya 23 orang di wilayah Malatya, Sanliurfa (17), Diyarbakir (6) dan Osmaniya (5), Turkiye.

Gempa di Syria pula merekodkan kematian membabitkan 42 orang, lapor media kerajaan.

“Saya tidak pernah rasa apa-apa seperti itu dalam tempoh 40 tahun saya hidup,” kata Erdem, seorang pendudukan di bandar Gaziantep, Turkiye yang terletak berhampiran pusat gempa.

“Kami seperti digoncang sekurang-kurangnya tiga kali dengan sangat kuat seperti bayi dalam buaian. Masih terlalu gelap untuk melihat kemusnahan,” tambahnya.

Gegaran berlarutan kira-kira seminit mengakibatkan tingkap bangunan pecah, demikian menurut saksi kepada Reuters di Diyarbakir yang terletak 350 kilometer (km) ke sebelah timur.

Menurut seorang pegawai keselamatan di Diyarbakir, sekurang-kurangnya 17 bangunan runtuh.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan sebanyak 16 bangunan runtuh di Sanliurfa, manakala 34 di Osmaniye.

Stesen penyiaran TRT dan Haberturk memaparkan rakaman orang ramai mengangkat serpihan bangunan, memindahkan pengusung dan mencari mangsa terselamat di Kahramanmaras di mana keadaan masih gelap.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu, berkata anggota mencari dan menyelamat dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi sambil menegaskan pasukan sentiasa dalam keadaan waspada.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular