HomeUtamaBanjir di Sabah pulih sepenuhnya

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya

Read Time:51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Satu pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di Sabah ditutup jam 2 petang tadi berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, PPS yang ditutup adalah di daerah Beaufort iaitu Dewan Serbaguna Selagon.

“Bagaimanapun setakat jam 4 petang tadi, hanya satu PPS dibuka iaitu di Tawau menempatkan mangsa kebakaran seramai 41 orang melibatkan lapan ketua isi keluarga (KIR).

“Semua mangsa kebakaran telah dipindahkan di Masjid Al Munawarroh Kampung Jawa,”menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Khamis lalu, sebanya 12 buah rumah setinggan musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Jawa Tawau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 12.38 tengah hari dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular