Ketua Menteri terima kunjungan hormat Hannah Yeoh & Duta Jepun Ke Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Hannah Yeoh di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ini merupakan kunjungan pertama Hannah setelah dilantik ke jawatan itu, tahun lalu.

Beliau memberi taklimat ringkas kepada Hajiji mengenai program dan aktiviti kementerian yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji berharap Hannah akan membantu Sabah meningkatkan lagi kemudahan
infrastruktur belia dan sukan di negeri ini, termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Hajiji (kanan) terima.kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini.- Foto ihsan JKM

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko.

Ini merupakan kunjungan kali kedua Takahashi kepada Hajiji.

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji
membangunkan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya
(SMJ).

Hajiji berharap dengan hubungan baik diantara negara Jepun-Malaysia dan Sabah, lebih ramai pelabur dari Jepun akan melabur di negeri ini, selain kedatangan lebih ramai
pelancongan dari negara matahari terbit.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *