Sawit Kinabalu sumbang 500 bakul makanan di tiga kampung di DUN Lumadan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

BEAUFORT : Sebanyak 500 bakul makanan diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir melibatkan tiga buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini.

Bakul makanan yang disumbangkan Sawit Kinabalu itu diserahkan sendiri kepada mangsa terlibat oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Antara kampung terlibat yang menerima sumbangan itu adalah Kampung Luagan Laut; Kampung Luagan Rampang dan Kampung Luagan Sanginan.

Majlis penyerahan yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Luagan itu turut dihadiri Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Hadir sama Ketua Perladangan dan Perniagaan Baru 1 Sawit Kinabalu Halim Alimuddin yang mewakili Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Sawit Kinabalu atas sumbangan bakul makanan yang diagihkan kepada mangsa terjejas banjir khususnya di DUN Lumadan.

“Sudah tentu dipihak kami khususnya di DUN Lumadan sangat menghargai sumbangan ini kerana ianya akan dapat membantu mangsa-mangsa yang terjejas banjir baru-baru ini selain mungkin ada yang telah terputus bekalan makanan,” katanya.

Terdahulu, pada jam 2 petang tadi,satu pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di daerah ini telah ditutup sepenuhnya berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, PPS yang ditutup adalah di daerah Beaufort iaitu Dewan Serbaguna Selagon.

“Bagaimanapun setakat jam 4 petang tadi, hanya satu PPS dibuka iaitu di Tawau menempatkan mangsa kebakaran seramai 41 orang melibatkan lapan ketua isi keluarga (KIR).

“Semua mangsa kebakaran telah dipindahkan di Masjid Al Munawarroh Kampung Jawa,”menurut kenyataan itu di sini hari ini. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *