HomeUtamaMalaysia hantar 75 anggota SMART ke Selatan Turkiye - Armizan

Malaysia hantar 75 anggota SMART ke Selatan Turkiye – Armizan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Selatan Turkiye.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) , Datuk Armizan Ali berkata Proses penghantaran pasukan SMART dibuat setelah mendapat persetujuan daripada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye.

“ Sehubungan itu, seramai 75 orang anggota akan digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan- peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya lagi Pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Dalam pada itu Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi 7.4 magnitud yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye awal Isnin setakat ini. 

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan ringkas dikongsi melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini. 

“Setakat ini, misi kami belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi itu,” menurut kenyataan itu.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter. 

Negara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular