HomeIsu tempatanPencapaian cemerlang NGO berdepan cabaran wajar dipuji

Pencapaian cemerlang NGO berdepan cabaran wajar dipuji

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Pencapaian rekod cemerlang dalam kalangan pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran pada ketika ini wajar diberi pujian.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, Persatuan Kecergasan dan Pembangunan Orang Tua Kota Kinabalu (KOAT) berjaya mengharungi pelbagai cabaran sejak 30 tahun adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

“Dalam tempoh tersebut, mereka berjaya menjaga kebajikan para ahli ini, walaupun berhadapan dengan keadaan mencabar, tetapi mereka kekal kukuh pada hari ini.

“Usaha dilakukan mereka sangat dibanggakan,” katanya ketika merasmikan Perayaan Chap Goh Mei di premis Persatuan KOAT, di sini kelmarin.

Beliau menyeru agar persatuan itu teruskan pencapaian rekod cemerlang dan boleh memohon bantuan dengan pihaknya pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, Christina turut menjamu selera dengan 150 warga emas di majlis berkenaan, beliau juga menaja majlis tersebut dan menyampaikan ang pau kepada semua ahli persatuan yang hadir.

Sementara itu, Pengerusi Kehormat Sepanjang Hayat Datuk Michael Lui Yen Sang menyifatkan Christina merupakan seorang pemimpin yang mampu membawa kebaikan.

“Dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri pada hari ini, kami yakin penuh Christina boleh menarik lebih ramai pelancong antarabangsa  datang ke Sabah.

“Usaha itu sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan seterusnya akan membangunkan pendapatan industri pelancongan serta negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot tunda tangkap ikan di zon larangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular