HomeUtamaKerjasama KSTI, KSM akan adakan Karnival Kerjaya di Sabah

Kerjasama KSTI, KSM akan adakan Karnival Kerjaya di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Karnival Kerjaya di seluruh Negeri Sabah sebagai inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Menteri KSTI Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, Karnival Kerjaya ini kita akan diadakan dalam masa terdekat dengan bantuan sungguh erat daripada Kementerian Sumber Manusia.

“Pada tahun ini kita akan buat beberapa program berhubung dengan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud di pejabatnya di Bangunan KSTI, Wisma Bandaraya di sini hari ini.

Katanya, dalam kunjungan itu, mereka juga turut membincangkan beberapa hal berhubung dengan kerjasama kementerian itu dengan kementerian beliau.

“Mudah-mudahan hubungan ini akan dapat memantapkan usaha kita untuk membangunkan masyarakat dan rakyat Sabah khususnya melalui kementerian dan objektif-objektif yang terdapat dalam kementerian,” katanya.

Tambahnya, kerjasama itu juga akan sentiasa ditingkatkan, KSTI dan juga Kementerian Sumber Manusia akan membuat hubungan yang baik serta turut memantapkan hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Zainudin Aman.

Sementara itu, Mustapha berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan KSTI untuk memastikan anak-anak Sabah diberi ruang dan peluang untuk bekerja supaya dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

“Saya menggalakkan semua anak-anak Sabah supaya ambil peluang ini dan kita akan berkerjasama dengan KSTI untuk menjelajah di seluruh daerah dan memastikan anak-anak Sabah kita diberi ruang dan peluang untuk mendapat pekerjaan serta akan memberikan latihan kemahiran kepada mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya