Tiga ADUN Warisan umum keluar parti, beri sokongan kepada Hajiji

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) hari ini mengumumkan keluar.

Antara yang membuat pengumuman itu ialah Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi); Chong Chen Bin (Tanjong Kapor); serta Norazlina Arif (Kunak).

Berikutan pengumuman itu, mereka kini telah menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, keputusan yang diambil itu diharap akan dapat meneruskan lagi khidmat yang baik kepada rakyat khususnya dikawasan yang diwakili.

“Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambilkira halatuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili. Maka, kami dengan ini mengisytiharkan keluar Parti Warisan dan memilih berkhidmat sebagai ADUN Bebas.

“Dengan keputusan itu, kami akan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan harapan agar kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili.

“Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili, maka kami dengan ini mengisytiharkan keluar Parti Warisan.” kata mereka dalam kenyataan bersama itu di sini hari ini.

Mereka berkata, sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

“Kami akan bekerja bersama-sama YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada presiden, rakan-rakan dan penyokong Parti Warisan,” kata mereka.

Serentak dengan pengumuman itu juga, mereka bertiga melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau di peringkat Ahli Majlis Tertinggi.

“Kami juga bertekad untuk terus memberi tumpuan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khasnya dan negeri Sabah serta Malaysia amnya,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *