Peniaga IKS disaran manfaat jelajah usahawan, bantu tingkat jualan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA PENYU : Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini disaran untuk memanfaatkan program Jelajah atau pesta IKS disamping menjadikan dunia digital sebagai medium bagi meningkatkan prestasi jualan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoniti Datuk Siti Aminah Aching berkata, program berkenaan memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi menjana pendapatan tambahan terutama melalui perniagaan dalam talian.

“Usahawan IKS perlu ambil peluang inisiatif ini dengan menggunakan teknologi terkini dalam perniagaan dengan pendekatan mempromosi, penjualan dan pemasaran ke arah digitalisasi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Pesta IKS dan Serbaneka anjuran Kelab Usahawan Atas Talian Industri Sederhana (KUATIKS) di Pusat Informasi Rumbia Kuala Penyu di sini kelmarin.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata,  pesta tersebut merupakan platfrom terbaik bagi pengusaha IKS dari seluruh Sabah khususnya di kawasan Parlimen Beaufort untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan dan memberi ruang untuk pengusaha menjual kepada orang ramai bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Katanya, melalui IKS ianya akan  dapat meningkatkan lagi ekonomi masyarakat terutama kepada penduduk di luar bandar.

Tambahnya, industri ini juga banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.

“Menyedari hakikat ini, kerajaan telah memperuntukkan dana bagi memajukan IKS dan IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan kerana IKS mempunyai pelbagai manfaat serta kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara” katanya 

Sementara itu, Aminah berkata, IKS merupakan bahagian terbesar pertubuhan perniagaan dalam ketiga-tiga sektor iaitu sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. 

“IKS dalam sektor perkhidmatan merupakan kategori terbesar dan kebanyakan IKS terlibat dalam subsektor perkhidmatan seperti runcit, restoran, borong dan pembuatan. 

“Tahap pembangunan IKS semakin bertambah dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta suntikan dan dasar mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh kerajaan banyak membantu kepesatan IKS.”katanya

Malah katanya, platform yang disediakan oleh kerajaan banyak membantu pengusaha dan usahawan untuk berjaya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *