HomeUtamaKemudahan kesihatan di HWKKS perlu ditambah

Kemudahan kesihatan di HWKKS perlu ditambah

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Kemudahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dilihat amat perlu untuk ditambah khususnya di unit kecemasan hospital berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, bangunan hospital berkenaan juga perlu ditambah bagi menampung bilangan pesakit yang ramai mencecah hampir 56,000 setahun.

Katanya, kadar kelahiran di hospital itu juga merupakan yang tertinggi di negara ini.

“Hospital ini telah mencatat penggunaan katil yang melebihi kapasiti hingga mencapai 110 peratus berdasarkan rekod pesakit yang dicatat pada tahun lalu berbanding kapasiti 678 katil ketika ini.

“Ia juga merupakan satu angka yag besar dan kritikal. Saya juga melihat ada keperluan di setiap ‘level’ untuk penambahan kakitangan, pakar dan penjagaan rapi kanak-kanak baru lahir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke HWKKS di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin.Lukanisman berkata, pihaknya juga melihat keperluan katil yang penuh dan peralatan yang dapat membantu kecekapan kakitangan perlu diberi perhatian.

“Oleh itu, kita akan membawa keperluan HWKKS untuk tindakan kementerian agar diberi tumpuan yang serius sejajar usaha memastikan keperluan kesihatan di Sabah dapat ditingkatkan seiring dengan perkhidmatan yang ada di Sarawak dan Semenanjung.

“Saya berharap dengan lawatan ini ada susulun lawatan menteri selepas ini. Kami akan lihat apa yang dapat diajukan kepada Perdana Menteri supaya sektor kesihatan Sabah dan Sarawak diberikan perhatian sejajar dengan Kerajaan Malaysia Madani,” katanya.

Tambahnya terdapat banyak lagi keperluan kesihatan yang perlu diberi perhatian di Sabah, termasuk di klinik kesihatan yang memerlukan dana besar untuk ditingkatkan kualiti perkhidmatannya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular