HomeUtamaTujuh suspek kes bunuh pemandu e-hailing dituduh mahkamah Tawau hari ini

Tujuh suspek kes bunuh pemandu e-hailing dituduh mahkamah Tawau hari ini

Read Time:53 Second

TAWAU: Seramai tujuh orang suspek dituduh di Mahkamah Majistret Tawau hari ini, terdiri daripada enam orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seorang awam berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan iaitu pemandu e-hailing pada 13 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, tuduhan itu dibuat berikutan pihak PDRM telah melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut.

“Kertas siasatan telah lengkap dan dimajukan kepada pejabat Peguam Negara pada 7 Februari 2023.

“Kesemua tangkapan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada hari ini (8 Feb).

“Seramai tujuh orang suspek dituduh di Mahkamah Majistret Tawau hari ini, yang terdiri daripada enam orang pegawai dan anggota PDRM serta seorang awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, pihak polis juga pada 30 Januari 2023 telah menuduh seorang wanita (awam) yang merupakan isteri mangsa di atas kesalahan yang sama.

Katanya, kesemua suspek akan dituduh di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya