HomeUtamaLKTNS sedia bantu pastikan keterjaminan makanan di Sabah mencukupi

LKTNS sedia bantu pastikan keterjaminan makanan di Sabah mencukupi

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) sedia untuk membantu Kerajaan selain menyokong usaha dalam memastikan keterjaminan makanan khususnya di Sabah mencukupi.

Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R Joddari berkata, pada ketika ini LKTNS mempunyai tanah seluas hampir 50,000 hektar dibeberapa buah lokasi di negeri ini.

“Bagi kita di pihak LKTNS, ini merupakan satu yang bersejarah dimana pada hari ini kita mengadakan sesi taklimat selain menyatakan ketersediaan LKTNS untuk menyokong program keterjaminan makanan negara khususnya di Sabah.

“Untuk ini, LKTNS mempunyai tanah seluas hampir 50,000 hektar dimana sebahagian tanah itu ada lebih kurang 20,000 hektar tidak ditanami dengan kelapa sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan taklimat kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Syaheddrul berkata, meskipun LKTNS lebih kepada industri sawit namun peluang yang ada dapat diterjemahkan dalam pelbagai penanaman dan industri lain.

“Pada hari ini juga kita telah mengadakan perbincangan dimana kita telah membentangkan kertas kerja mengenai penanaman padi, projek lembu tenusu borneo yang mana LKTNS merupakan salah satu agensi yang akan terlibat dan akhir sekali berkenaan dengan penanaman kelapa.

“Kita berharap ini akan menjadi realiti melalui perancangan yang telah diatur,” katanya.

Dalam pada itu, Syaheddrul berkata, pada masa ini seramai 7,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) terlibat dalam penanaman sawit dibawah LKTNS.

“Jumlah ini dilihat besar dan jadi satu kebergantungan. Maka kita perlu mencari jalan lain selain kebergantungan kepada sawit, sudah pasti tanaman lain akan dapat menampung ekonomi mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya