HomeUtamaMAFS akan bangunkan semula sistem data raya

MAFS akan bangunkan semula sistem data raya

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan membangunkan semula sistem data raya (datebase) bagi menyimpan data terkini bahan makanan berasas pertanian.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sistem itu sebelum ini telah dilaksanakan tapi ianya tidak bergerak.

“Mengenai ‘database’ ini, kita akan memanggil orang yang terlibat untuk mendapatkan yang terbaik dan termurah untuk kita laksanakan semula.  Sistem ini dahulu telah ada cuma ianya tidak bergerak.

“Sekarang kita lihat ia amat perlu.  Kadang-kadang kita lihat sayur di tempat ini mahal tapi tempat lain murah, jadi kalau ada ‘database’ kita akan dapat maklumkan petani dan ianya akan dapat diselenggara dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Bank Bergerak Agrobank di Lintasan Deasoka di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Mohamad berkata, sistem itu akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan keterjaminan makanan di negara ini berada pada tahap memuaskan.

“Bagaimanapun, ianya memang akan ambil masa sedikit untuk mereka menawarkan perkhidmatan itu,” katanya.

Sabtu lalu, beliau berkata, melalui sistem tersebut pihaknya akan dapat membuat unjuran dan langkah awal bagi mengelak berlakunya sebarang kemungkinan.

“Untuk jangka masa panjang, kementerian perlu mewujudkan sistem data raya untuk kita mendapatkan maklumat secara ‘real time’ tentang jenis sayuran yang sedang ditanam,  jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran,” katanya.

Mohamad yakin sistem data tersebut dapat membantu kementerianya mengatasi masalah kekurangan bahan makanan dengan lebih efisien pada masa depan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya