Taska dan Tabika bantu kanak-kanak untuk persediaan ke alam persekolahan sebenar – Jonathan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

RANAU: Seramai 533 orang kanak-kanak dari enam buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), 92 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Kemas, Kawasan Parlimen Ranau telah menerima anugerah berupa sijil masing-masing pada Majlis Apresiasi di Dewan Masyarakat Ranau pada Khamis.

Majlis perasmian acara tahunan itu telah disempurnakan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Turut hadir Penyelia Kemas Ranau, Fairuzufikar Badsyah Mohd Husin, Guru-Guru Tabika dan Taska Kemas serta ibu bapa.

Dalam pada itu Jonathan menyifatkan majlis Apreasiasi itu sebagai suatu penghargaan dan pengiktirafan kejayaan  kanak-kanak dalam mengikuti  pembelajaran mereka sebagai suatu asas persediaan sebelum melangkah masuk ke alam persekolahan sebenar (Tahun 1) di Sekolah Kebangsaan (SK) kelak.

Menurut Jonathan, kanak-kanak yang telah menamatkan pembelajaran asas itu, tentunya sudah boleh menguasai  sekurang-kurangnya 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira sekali gus memudahkan pembelajaran mereka apabila melangkah masuk ke alam persekolahan sebenar.

“Melalui kemahiran 3M itulah asas anak-anak untuk maju cemerlang persekolahan mereka sehinggalah ke peringkat tinggi atau universiti”, katanya.

Beliau seterusnya menyeru para ibu bapa agar meneruskan ‘Permuafakatan’  memberi kerjasama sepenuhnya kepada guru Tabika dan Taska bagi mempastikan anak-anak mendapat pembelajaran asas di peringkat Tabika atau Taska.

Katanya, kegagalan seseorang anak menguasai 3M agak sukar untuk mengikuti pembelajaran sebenar yang akhirnya menemui kegagalan serta antara faktor berlaku keciciran.

“Justeru kerjasama antara ibu bapa dan guru perlu diletakkan sebagai satu keperluan dan kepentingan bersama demi kejayaan pembelajaran sekali gus menempah kecemerlangan anak-anak dalam kehidupan masa depan mereka”, tambahnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *