HomeUtamaDoktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit budak perempuan 

Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit budak perempuan 

Read Time:54 Second

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman ditahan polis Terengganu semalam selepas dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak di hospital tersebut. 

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, berkata doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.

“Mangsa memaklumkan bahawa suspek adalah seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek. 

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan di dalam kes ini,” katanya. 

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya