HomeUtamaTidak perlu mempamerkan cukai jalan untuk kenderaan persendirian 

Tidak perlu mempamerkan cukai jalan untuk kenderaan persendirian 

Read Time:45 Second

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, Rakyat Malaysia tidak perlu lagi mempamerkan lesen kenderaan bermotor mereka, yang biasanya dirujuk sebagai cukai jalan, pada kenderaan persendirian mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk mendigitalkan perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi kenderaan bermotor dan lesen memandu.

Tambahnya, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan paparan lesen kenderaan bermotor tidak lagi dikuatkuasakan.

“Pelaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama meliputi kenderaan persendirian individu dan motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambah Anthony lagi, pihaknya akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya,

Bagaimanapun, kata Anthony, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat atau kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim, sehingga hujung tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular