HomeUtamaSESB, JKR pertingkat kerjasama dalam pembangunan infra elektrik

SESB, JKR pertingkat kerjasama dalam pembangunan infra elektrik

Read Time:41 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mempertingkat kerjasama dan koordinasi dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastuktur bekalan elektrik di negeri ini.

Kerjasama dua pihak itu dimeterai dalam satu bengkel Wayleave Technical Workshop SESB-JKR yang dilaksanakan selama dua hari bermula pada 7 Februari lalu di salah sebuah hotel terkemuka di Tuaran.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, persefahaman diantara SESB dan JKR yang dicapai itu adalah bagi menumpukan kepada proses kerja dan keperluan berkaitan penempatan semula utility.

Katanya, ia termasuklah projek penambahbaikan sistem agihan dan sambungan bekalan baharu dan kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecemasan.

Satu dokumen perakuan turut ditandatangani Mohd Yaakob mewakili SESB manakala JKR diwakili oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya Mohd Safri Abu Habi.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM bakal lancarkan aplikasi ‘Friends Of Sabah’

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular