HomeUtamaBN namakan Yaakub Khan sebagai wakil dalam perundingan kerajaan Perpaduan Sabah 

BN namakan Yaakub Khan sebagai wakil dalam perundingan kerajaan Perpaduan Sabah 

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional Malaysia (BN) menamakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah , Datuk Yaakub Khan sebagai wakil dalam perundingan dengan kerajaan Perpaduan Sabah. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Kadir berkata, BN mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor selaku Ketua Menteri Sabah.

Katanya pendirian ini sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang telahpun membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“ Barisan Nasional Malaysia menamakan Datuk Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan Barisan Nasional Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

Tambah Zambry lagi, Sebuah Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan Malaysia telah dibentuk untuk menyelaras semua parti-parti yang mengasaskannya. 

Ini termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan Sekretariat serupa di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini. 

Barisan Nasional Sabah dipertanggung-jawabkan bagi menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan sekaligus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah katanya.

Berlaku sedikit ketegangan Politik di Sabah apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah pada januari lalu menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Ia berikutan pengumuman dibuat Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin malam itu berhubung keputusan pihaknya untuk menarik diri daripada kerjasama itu.

Dan pada 30 Januari lalu, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pemimpin UMNO Sabah bertenang bagi membolehkan satu penyelesaian dapat dicapai sekali gus menamatkan polemik politik di negeri berkenaan.

Menurutnya, banyak pendekatan dan kaedah telah disusun namun penyelesaian ini memerlukan persefahaman dua hala antara pihak Barisan Nasional (BN) dan UMNO selain rakan-rakan parti politik yang lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya