HomeIsu tempatanHQE giat laksana program kesedaran kanser

HQE giat laksana program kesedaran kanser

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) terus mempergiatkan program kesedaran penyakit kanser.

Timbalan Pengarah 1, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendran A/L Panchalingam berkata, kempen penerangan dan Sambutan Hari Kanser diadakan setiap tahun agar maklumat berkaitan diberikan perhatian terutamanya kepentingan membuat pengesanan, pencegahan serta rawatan awal.

“Semasa pandemik Covid-19, kebanyakan rawatan dan temujanji pesakit kanser terpaksa ditangguhkan sekaligus mempengaruhi peningkatan kes selepas pandemik.

“Pesakit kanser mudah dijangkiti Covid-19 kerana imuniti, iaitu sistem pertahanan dan kekebalan tubuh yang kurang mengakibatkan mereka perlu melakukan ujian saringan Covid-19 dengan kerap,” katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2023 Peringkat HQE.

Majlis sambutan bertemakan Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser itu turut disajikan dengan sesi ceramah tertumpu kepada perkembangan dan kaedah rawatan pesakit terutama kanser kolorektal (CRC) atau usus besar.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Pembedahan Am HQE, Datin Dr. Rohamini Sibin dan warga hospital.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan pemangkin kepada ekonomi masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular