HomeEkonomiSOGIP antara aset utama Sabah dalam menarik pelaburan luar

SOGIP antara aset utama Sabah dalam menarik pelaburan luar

Read Time:54 Second

SIPITANG: Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan Sipitang sebulat suara komited dalam menjadikan Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) sebagai antara aset utama dalam menarik pelaburan luar.

Jin Zhe berkata, disamping itu SOGIP juga berperanan membangunkan hub ekonomi dan perindustrian negeri Sabah amnya dan daerah Sipitang khasnya bagi mencapai Standard Mutu Pencapaian Cemerlang selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Komitmen itu dimeterai sebulat suara ketika para pemimpin ini menghadiri sesi lawatan dan taklimat di Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) pada Jumaat lalu, yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporate (SOGDC), Datuk Harun Ismail disaksikan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Thomas Logijin.

Sesi dimulakan dengan taklimat perkembangan semasa dan pelan utama yang akan mempertingkatkan operasi SOGIP dengan lebih efisyen dan berakhir dengan perundingan “brainstorming”.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Merangkap ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya