HomeUtamaAgong zahir impian memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo

Agong zahir impian memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka melahirkan rasa sukacita dengan prestasi pelaksanaan Projek Fasa 1 LPB di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada tahun 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

“Adalah menjadi impian Beta untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo ini khusus untuk Beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat Beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.

“Program kembara ini sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak,” titah baginda semasa menyampaikan titah diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, Kerajaan juga hendaklah meneruskan projek-projek infrastruktur pengangkutan awam berimpak tinggi bagi meningkatkan ketersambungan dan kemudahsampaian di samping menjana kesan pengganda yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi.

Titahnya, penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia dan lestari terhadap alam sekitar akan terus diberikan fokus.

“Usaha tersebut dapat direalisasikan melalui pengangkutan yang optimum serta meningkatkan kesedaran rakyat untuk beralih kepada penggunaan pengangkutan yang bercirikan cekap tenaga dan rendah karbon.

“Kerajaan Beta juga amat prihatin dengan keluh kesah dan kesusahan rakyat Beta khususnya kumpulan B40 dalam aspek pemilikan rumah. Oleh itu, agenda pemilikan rumah telah dirangka dengan memberikan tumpuan kepada akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki,” titahnya.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah, ianya adalah sejajar dengan konsep Malaysia Berdaya Huni melalui penetapan hala tuju baharu pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang akan mengambil kira klasifikasi pendapatan isi rumah tahun 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan meningkatkan kadar kelayakan maksimum pendapatan isi rumah bagi permohonan program perumahan rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya