Isteri Ketua Menteri terima kunjungan hormat AJK Alumni UIAM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Negeri Sabah (IIUM Alumni Sabah Chapter) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, hari ini.

Alumni UIAM diketuai oleh Naib Presidennya, Fazilah Musa memberi penerangan kepada Juliah tentang program “Seminar Peranan Wanita Dalam Membangun Malaysia Madani” yang akan diadakan pada bulan Mac ini di Kota Kinabalu.

Program itu yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia akan dirasmi oleh Juliah.

Juliah yang mengalu-alukan penganjuran seminar itu yakin ia dapat membantu
memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya para wanita mengenai slogan
Malaysia Madani.

Katanya, wanita perlu diberi pendedahan tentang konsep Malaysia Madani dan bagaimana peranan mereka untuk sama- sama menyumbang dalam membangunkan
sebuah negara yang berkonsepkan Malaysia Madani.

Turut hadir ialah bendahari alumni, Rohayu Mohd.Deroh, Dayang Fauziah Datu Ibrahim (Biro Pendidikan), Sarimah Mohd.Yusof (Biro Kebajikan) dan Roslan Idris (Biro Sukan).

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag menerima surat jemputan merasmi Majlis Apresiasi Murid semasa menerima kunjungan hormat rombongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu hari ini. – Foto ihsan JKM

Sementara itu, Juliah turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran
yang diketuai oleh Guru Besarnya, Mohamad Juin@ Mohd Nauli @Moli. SK Pekan Tuaran dan PIBG menjemput Juliah merasmikan Majlis Apresiasi Murid yang akan diadakan pada 16 Februari 2023 di Dewan Sri Sulaman, Tuaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *