HomeIsu tempatanIKMKK giat teroka kolaborasi strategik dengan pemain industri automotif

IKMKK giat teroka kolaborasi strategik dengan pemain industri automotif

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKMKK) giat meneroka potensi kolaborasi strategik berimpak tinggi dengan para pemain industri untuk melahirkan graduan pakar dalam bidang automotif.

Pengarahnya, Nazahia Mat Isa berkata, hubungan strategik dengan pemain industri sangat penting bagi memastikan bakal graduan kekal relevan dengan tuntutan dan kehendak industri.

“Kerjasama industri ini sudah tentu akan memberikan manfaat kedua-dua pihak menerusi perkongsian teknologi dan kepakaran masing-masing.

Pengajar Automotif, IKMKK, Aeron Sayuin David sedang memberi pengenalan ringkas mengenai taklimat kepada para pelajarnya.

“Sehubungan itu, IKMKK komited untuk menjalinkan hubungan rapat bersama para pemain industri,” katanya semasa sesi pertemuan antara IKMKK dan wakil Syarikat  VE Autocool Car Air Con Service & Repairing di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan VE Autocool Car Air Con Service & Repairing, Endra Muis berkata, syarikat yang terletak di Likas merupakan Syarikat Enterprise yang sudah lama bertapak dalam industri servis dan membaik pulih penghawa dingin kenderaan.

“Syarikat ini juga menawarkan tempat latihan industri dan juga peluang pekerjaan selain menyediakan tenaga pakar untuk membuat demonstrasi amali kepada para pelajar IKMKK,” kata beliau.

Ujarnya, kini syarikat sedang dalam rangka melebarkan sayap perniagaan dalam skala besar berfokus kepada lapangan servis, baik pulih dan alat ganti penghawa dingin kenderaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular