HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot tanpa nombor pendaftaran

Maritim Malaysia tahan bot tanpa nombor pendaftaran

Read Time:1 Minute, 14 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

SANDAKAN:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran lebih kurang 1.3 batu nautika timur laut Pulau Berhala, di sini, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan namun terus memecut laju walaupun arahan berhenti menggunakan siren dan pembesar suara telah diberikan.

“Selepas 15 minit kejar mengejar, bot yang menggunakan dua buah enjin sangkut 250 kuasa kuda setiap satu itu berjaya dihentikan dan dirapati pada pukul 4.15 petang.

“Bot itu disyaki cuba menyusup keluar secara haram menuju ke Pulau Taganak, Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, hasil pemeriksaan lanjut, bot yang tidak berdaftar itu dinaiki 35 orang terdiri daripada 10 lelaki berumur 17 hingga 67 tahun, 21 perempuan berumur 13 hingga 71 tahun dan empat kanak-kanak.

Katanya, seramai 15 daripadanya adalah warganegara, lima pemegang siji lahir bukan warganegara, dua MyPR, dua MyKAS, tiga IMM13, dua pemegang passport Filipina manakala enam lagi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut ditemukan barang kawalan iaitu 17 tong kapasiti 25 liter setiap satu berisi minyak petrol dan enam guni ayam sejuk beku dianggarkan 90 kilogram.

“Kesemua yang ditahan serta bot diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Negeri Sabah. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular