HomeUtamaMembakut diwartakan sebagai daerah penuh

Membakut diwartakan sebagai daerah penuh

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Membakut kini telah dinaiki taraf ke daerah penuh berkuat kuasa pada 30 Mac 2022 selepas diwartakan pada 9 Februari 2023.

Perkara itu dinyatakan menerusi Warta Kerajaan Negeri Sabah yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong bertarikh 27 Disember 2022.

Warta tu turut disiarkan di laman web di https://www.sabah.gov.my/gazette/ pada 9 Februari lalu.

Warta Kerajaan Sabah dengan nombor JPAN (S)900-3/70/8 (98) itu juga memaklumkan mulai dari tarikh kuat kuasa itu semua urusan yang berkaitan di kawasan itu hendaklah sekarang diurus di pentadbiran daerah yang berkenaan.

Kenyataan di dalam warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berharap agar kemudahan pembangunan khususnya bagi kemudahan rakyat di daerah berkenaan akan bertambah.

Katanya, ini termasuklah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); Majlis Daerah, Hospital termasuk urusetia Pejabat Daerah selain beberapa pejabat jabatan serta agensi lain.

Datuk Dr. Mohd Arifin Arif

“Selain itu saya berharap agar akan ada kolej-kolej yang berkaitan pendidikan dan kemahiran khasnya TVET dapat dibawa ke daerah Membakut,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, slogan bagi daerah penuh ini adalah ‘Membangun Dengan Ilmu’.

“Selaku wakil rakyat dikawasan ini, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas kesudian menaik taraf Membakut sebagai daerah penuh,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya