HomeUtamaMOSTI terus laksana program berimpak tinggi di Sabah

MOSTI terus laksana program berimpak tinggi di Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kerjasama erat antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan merupakan intipati penting bagi memastikan dasar Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di peringkat persekutuan dapat diterjemahkan dengan baik ke peringkat negeri khususnya di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pada tahun ini Kementeriannya merancang untuk melaksanakan beberapa program di Sabah.

Katanya termasuklah meneruskan program-program yang berimpak tinggi yang telah dilaksanakan pada tahun lepas.

“Antara program yang akan diteruskan termasuklah program ‘Reskilling dan Upscalling for Deep Tech and Future Skills’ yang telah mendapat sambutan yang luar biasa disamping mencatatkan kadar pengambilan kerja sebanyak 100 peratus di negeri Sabah.

“Selain itu, bagi menarik minat anak-anak Sabah terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), pihak Kementerian juga berhasrat untuk menganjurkan Kembara Sains Borneo yang akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Hadir sama pada kunjungan itu adalah beberapa pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Arthur berkata, Kembara Sains Borneo ini akan turut menjelajah ke kawasan pedalaman bagi memastikan tiada yang terpinggir dalam mencetuskan minat terhadap STI.

Beliau turut menyatakan hasrat Kementerian untuk meningkatkan lagi usaha-usaha bagi membantu Inovasi Sosial khususnya bagi menyelesaikan permasalahan di peringkat akar umbi.

“Kita akan melihat kepada inovasi-inovasi di peringkat akar umbi dan mencari kaedah menyempurnakan lagi teknologi tersebut sebagai salah satu solusi kepada permasalahan di akar umbi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya