HomeIsu tempatanFPSK UMS terima lawatan akreditasi Diploma Kejururawatan dari MQA,LJM

FPSK UMS terima lawatan akreditasi Diploma Kejururawatan dari MQA,LJM

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima lawatan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), di sini bermula Selasa sehingga Khamis.

Lawatan selama tiga hari itu merupakan lawatan akreditasi bagi Program Diploma Kejururawatan FPSK.

Ia dihadiri dua panel penilai LJM, Rukiah Osman dan Nik Hazlini Nik Zainal Abidin bersama seorang pegawai MQA, Nurhadirah Adnan.

Majlis pembukaan lawatan akreditasi tersebut disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.

Dalam ucapannya Dr. Kasim menjelaskan bahawa tujuan lawatan itu antara lain untuk mengawal kualiti pendidikan kejururawatan agar sentiasa relevan dengan keperluan pasaran kerja sekali gus terus melahirkan jururawat yang berkualiti dan kompeten.

“Sebagai makluman, program Diploma Kejururawatan UMS telah berjaya melahirkan lebih 10 kohort graduan yang kini berkhidmat di hospital-hospital awam dan swasta tempatan.

“Malah ramai juga antara mereka yang turut ditawarkan bekerja di luar negara seperti di Singapura, Timur Tengah dan Australia.

“Kesinambungan daripada itu, UMS kini menawarkan Program Sarjana Muda Kejururawatan bermula pada tahun 2022 dengan pengambilan kohort sulung seramai 25 pelajar,” katanya.

Dr Kasim turut merakamkan ucapan penghargaan kepada ketiga-tiga panel LJM dan MQA yang hadir.

“Semoga lawatan akreditasi ini terus menjamin kualiti yang terbaik khususnya untuk program Diploma Kejururawatan agar sentiasa berdaya saing dan melahirkan Market-Ready Graduates,” tambahnya.

Untuk rekod, lawatan akreditasi itu merupakan lawatan berkala kedua setelah lawatan pertama pada 2018 yang menyaksikan program Diploma Kejururawatan mendapat Pengiktirafan Penuh oleh MQA dan LJM.

Hadir sama Dekan FPSK, Profesor Dr. Mohammad Saffree Jeffree; Pengarah Pusat Jaminan Kualiti, Profesor Ir. Ts. Dr. Zainal Zakaria; dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik, Dr. Denis Andrew D. Lajium. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya